RISDA Catering And Event Sdn. Bhd. (RCESB) adalah sebuah syarikat milikan sepenuhnnya olehPihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 20 MAC 2015 dengan alamat berdaftar di GRAHA ESPEK, No. 31, Tingkat 7, Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Pejabat operasi RCESB terletak di Hevea 5, Tingkat 1, Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang 50900 Kuala Lumpur. RCESB telah membuka cawangan yang beralamat di Lot 29991, Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Teras perniagaan yang dijalankan oleh RCESB adalah perkhidmatan katering dan pengurusan majlis selaras dengan kehendak Pengurusan RISDA yang ingin mempunyai perkhidmatan katering dan pengurusan majlis sendiri bagi memenuhi kehendak semasa.

Diantara aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh RCESB adalah :

1) Menyediakan tempat, perkhidmatan katering dan pengurusan majlis perkahwinan serta kelengkapan perkahwinan di dewan-dewan RISDA iaitu :

  • Dewan Gemalasari RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
  • Dewan Pusat Latihan RISDA (RISTEC), Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • Puri Buana Wedding Garden, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

2) Memberi perkhidmatan katering dan khidmat pengurusan majlis untuk semua mesyuarat / seminar / kursus dan majlis-majlis rasmi RISDA, SMR dan lain-lain.